Sabtu, 2009 Ogos 01












Married
Pada 27/7/09 sepupu aku kak fareza memulakan hidup baru bersama suami tersayang...semoga mereka berbahagia sehingga ke anak cucu..aku bile lagi?hahahaha

Practical Training

Sudah hampir sebulan aku praktikal di MARA Johor,bnyak yang aku blajar di sana..
tapi kebanyakkan tiada kaitan dengan pembelajaran aku di kolej..Di MARA aku buat tagging file, aku pernah ikut staff mintak hutang dari peminjam-peminjam di Pontian yang enggan membayar.. dh macam ALONG la plak..hahaha..minggu depan aku still buzy tambahan pula dengan Karnival Mega Jualan(KJM) mnggu dpan yang akan diadakan di Angsana..sapa2 yang free,datang la ke Angsana pada 8,9 dan 10 aribulan 8 ni..
Staff MARA Johor bersama Pengerusi MARA Malaysia
Y.B Dato Seri Idris Bin Jusoh.

Selasa, 2008 Julai 08

oh..my Country!!!

Sebagaimana yang kita semua ketahui..
sekarang negara kita mengalami bermacam2 dugaan..
selepas isu kenaikan harga minyak..
timbul pula isu fitnah memfitnah...
sapa yang betul dan sapa yang salah?
Itu terpulang pada individu sendiri untuk berfikir dan membuat pilihan..
saya sendiri pening,bingung..
kepada semua..ingatlah pepatah melayu ini..
Dimana bumi dipijak,disitulah langit kita junjung..

Jumaat, 2008 Jun 27

Lawak ke tak...lu pkir la sendiri...

Yatim
Pada suatu ketika dahulu ada seorng raja bernama Raja Sundram Meroyan.Pada suatu hari, Raja Sundram Meroyan sakit tenat dan memanggil anak tunggalnya Putra Sakini Meroyan untuk mewasiatkan sesuatu.
Raja Sundram: Wahai anakanda,jika ayahanda meninggalkan dunia ini maka secara otomatiklah anakanda akan menjadi......
Putra Sakini: Jadi raja le kan ayahanda?
Raja Sundram: Tidak anakku.
Putra Sakini: Abis tu?
Raja Sundram: Jadi anak yatim le...
wahahaha!
Selepas kat-kata hikmat yang terakhir itu Raja Sundram pun menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa pewaris takhta.
Sekian.

......................................................................................................................................................................
Incredible Hulk
Sewaktu Mak Tipah sedang membersihkan halaman rumahnya,Suzila janda yang baru berpindah disebelah rumahnya mengadu.
"Mak Tipah,ank bujang awak tu dah melampau.Asyik-asyik mengenyit mata bila bertembung dengan saya,"kata Suzila.
"Apa salahnya,eloklah tu!Awak pun dah lama menjanda,"kata Mak Tipah.
"Saya tak boleh terima dia,"tambah Suzila.
"Kenapa pulak?"tanya Mak Tipah.
"Suami Mak Tipah dah janji nak ambil saya sebagai isteri mudanya.Saya rasa tak sedaplah kalau mungkir,"kata Suzila.
"Aaa!!!"Mak Tipah terkejut.Sejurus itu jugak Mak Tipah menjadi Incredible Hulk.

...................................................................................................................................................................
Marah
Murid: Cikgu, adakah cikgu akan marah atas sesuatu yang tidak saya lakukan?
Cikgu: Ya, cikgu tidak akan marah.
Murid: Alhamdulillah.....saya tidak buat kerja rumah yang cikgu berikan..

Khamis, 2008 Februari 07

CARA MENGURANGKAN 'BEBAN' DI KEPALA

Sehingga kini belum ada ubat yang benar2 mujarab untuk mengatasi masalah sakit kepala atau migrain secara khusus.Justeru,kenali beberapa langkah utk memastikan sakit kepala boleh dikurangkan.
  • Beristirehat - Ambil masa utk dduk brtenang,kosongkan fikiran dan sandarkan diri.Ketepikan segala urusan utk seketika.Jangan memaksa diri utk melakukannya kerana ia mungkin tidak dpt dselesaikan.Jka mata trasa pedih atau sakit,lihatlah ke arah pemandangan yg brwarna hijau sprt pokok krn wrna hijau baik utk pemandangan mata.Sesekali pergilh brcuti utk 'refresh' diri.
  • Senaman selalu - Senaman selain baik utk fizikal,ia juga baik utk minda dan rohani.Apabila tubuh sihat,secara tidak langsung hidup akan brubah mnjadi lebih baik dan terurus.Ia juga dpt melancarkan peredaran darah serta baik utk pernafasan serta meningkatkan metabolisme badan.
  • Minum air secukupnya - Kurang air dan kekeringan juga boleh menjadi penyebab pening kepala.Minum air putih/air masak selalu terutamanya ketika cuaca panas dan tekak terasa kering.Jangan ambil minuman beralkohol kerana ia juga antara penyumbang sakit kepala.
  • Makan makanan yang seimbang dan seimbang - Anatara punca sakit kepala bagi sesetengah individu adalah dsebabkan oleh makanan yg dambil.Individu yg mengalami sakit kepala dsaran utk mengurangkan pengambilan makanan yg mengandungi MSG,tyramine,dopamine,kafein dan zat nitrat sprt kopi dn daging.
  • Pakai cermin mata gelap utk mengurangkan silau - Apabila banyak trdedah pada pancaran cahaya matahari,individu tersebut mungkin akan mengalami rasa sakit kepala dan tambah brpinar-pinar.Maka amalkan pemakaian cermin mata gelap atau pelindung sprt payung dan topi bagi mengurangkan rasa panas buat sementara.
  • Jangan ambil ubat penahan sakit trlalu banyak - Boleh ambil tetapi biarlah pada kadar paling minimum dan pada ketika amat diperlukan serta seperti apa yg dsarankan oleh doktor.Elakkan amalan sakit sikit telan ubat.Kesan penghilangan kesakitannya hanya utk sementara waktu dan bimbang ia akan mndatangkan kesan sampingan.Berjumpalah pakar farmasi utk merujuk akan bahaya sesuatu ubat sebelum dibeli.
  • Periksa mata dengan doktor pakar - Ada sesetengah individu mengalami sakit kepala brpunca daripada masalah mata.Seseorang yg mengalami masalah rabun kebiasaannya akan pening kepala lantaran penglihatan menjadi kabur.Justeru,berjumpa pakar mata jika mengalami masalah sakit kepala atau penglihatan rabun utk memastikan sama ada kamu perlu atau tidak memakai kaca mata.


Ahad, 2008 Februari 03

life live n die

"Adakalanya yang benar itu dia,yang salah itu kita.
Yang ingin diubah tak mungkin akan berubah sebab memang disitulah tempat ia berada"