Rabu, 11 Julai 2012

Genting Highland

Hajatku utk ke Genting Highland akhirnya tercapai jgak. Pada pagi bertarikh 8/7/2012, seperti yg telah dirancang, aku pergi bersama insan teristimewa, awekku Nadia Yasmin. Kami bergerak ke KTM padang Jawa selepas bersarapan di restoran mamak 24 Hours. Kereta api tiba kira-kira pukul 8.15 pagi menuju ke KL central. Dalam kereta api tidak ramai orang seperti kebiasaan pada waktu puncak,dan mungkin kerana hari minggu masih ramai orang diluar sana yang lena dibuai mimpi2 indah..Dalam perjalanan, setiba di stesen S.Alam, sekumpulan pelancong masuk ke dalam coach yang sama tempat kami duduk. Pada tanggapan ku pelancong2 tersebut berasal dari Thai  brdasarkan loghat bahasa yang mereka tutur. Lebih kurang 45minit berada dalam kereta api, kami akhirnya tiba di KL central. Disebabkan pertama kali pergi ke Genting, kami ke kaunter pertanyaan untuk menanyakan lokasi kauter yang menjual tiket menuju ke Genting Highland. Kami naik ke aras 1 menuju ke kaunter tersebut, nama kauter tersebut adalah Go Genting. Setibanya di kaunter tersebut, kami sedikit kecewa kerana tiada bas dan bas yang bergerak ke Genting paling awal pn pukul 12.30. Awekku mengajak ku untuk menaiki teksi yang juga disediakan disebelah kauter tersebut. Oleh kerana tidak mahu membuang masa menunggu bas, kami membuat keputusan dan memilih untuk menaiki teksi. Harga tiket rm25 seorang..sangat mahal bagi aku. Sebelum menaiki teksi, kami membeli tiket bas bagi perjalanan balik dari Genting ke KL central. Harga tiket rm10.60, so jika seorang, ia hanya lah rm5.30, tidak semahal menaiki teksi..huhuhu...Kemudian kami terus mengikut uncle penjual tiket teksi tadi keluar untuk mendapatkan teksi. Kami menaiki teksi executive, padan dgn harga yang kami bayar.

Perjalanan kami tidak la lama yang kami sangkakan, sejam selepas kami sampai di depan kaunter bayaran outdoor theme park. Selepas membeli tiket outdoor berharga rm50, indoor rm30,all park 69 aku menangkap beberapa gambar sebelum masuk kedalam.


Tidak sabar aku nak bermain permainan yang ada tetapi untuk masuk ke dalam, kami di berikan tag ditangan sebagai tanda pengesahan tiket yang telah dibeli. Permainan pertama yang kami lihat adalah buaian terbang atau flying spinning. Disebabkan melihat terlalu ramai orang menunggu giliran untuk bermain buaian terbang, kami memilih untuk berjalan menuju ke tempat permainan yang lain dahulu. Kemudian kami sampai di permainan bernama Space Shot. Dek kerana tak tahan dan tak sabar nak bermain, aku terus beratur dalam barisan.





Gambar aku sebelum di Shot kan...hahaha

Selepas turun daripada space shot, satu perkataan saja yang boleh aku cakap, BEST. Untuk yang ada sakit jantung disarankan jangan naik. pesanan daripada khidmat masyarkat.. Kemudian kami berjalan menuju ke Dinousaur park. Aku sedikit teruja kerana dinousaur2 tersebut seakan benar dengan pergerakan dan bunyi yang dihasilkan.

Kemudian kami pergi bermain roller coaster, flying coaster, dam flying spinning. Melihat jam menandakan waktu zohor telah masuk, aku mencari surau. Kepada pelancong2 beragama islam tidak perlu risau kerana surau ada disediakan dikawasan outdoor ini. Surau dikawasan outdoor berada berdekatan dengan space shot manakala jika berada didalam shopping mall, surau berada di level 1M. Oleh kerana tiket balik pukul 9, kami membuat keputusan untuk bermain permain indoor pula. Kami bergegas menuju ke dalam shopping mall iaitu first world plaza terus ke kaunter tiket indoor. Slepas membeli dan tag tangan diletakkan, kami menuju permainan bumper car, dragon coaster dan macam2 permainan. Setelah penat dan kehausan, aku menuju ke mcD membeli oreo mc flurry kegemaran ku. Memang tidak dinafikan harga makanan di Genting ini sume mahal sedikit dari harga biasa,harga oreo mc flurry disini rm6.90 mahal rm2 berbanding tempat biasa.

Gambar didalam First world plaza



Setelah selesai solat maghrib, kami terus menuju ke stesen bas yang berada diaras bawah first world plaza. Kami tiba awal 30 minit ditempat menunggu bas.Cuaca di sana sangat sejuk waktu malam,sebelum berangkat pulang, kami mengambil gambar untuk dibuat kenangan.Jam 8.55 pm, kami menaiki bas Go Genting untuk pulang ke KL central. The best moment forever and i will never forget.

Sebelum bertolak balik

1 ulasan:

fAdzilAh (^_-) berkata...

hahaha, ayat ni tak boleh bla la Helmi, "awekku Nadia Yasmin" ...buat aku tersegih :)