Khamis, 30 Disember 2010

Badi 14 Tahun Berakhir

29.12.2010 adalah hari bersejarah buat rakyat Malaysia apabila pasukan bolasepak negara berjaya merangkul kejuaraan piala suzuki yang diidam2kan selama 14 tahun.Kemenangan pasukan bola sepak negara dengan agregate 4-2 keatas Indonesia akan menaikkan semula semangat pejuang2 zaman kegemilangan Mokhtar Dahari .Berbekalkan 3 jaringan dtempat sendiri ia menjadi pendorong pemain untuk terus mencari goal dan bermain mati-matian.Goal pembukaan Safee Sali mengukuhkan lagi jangkaan pasukan negara untuk menjulang piala.Namun kekebalan benteng pertahanan tidak mampu mengekang asakan pasukan Indonesia selama 30 minit terakhir apabila pasukan Indonesia dapat menjaringkan goal menerusi ahmad nasuha dan jaringan sendiri mohd Muslim.Walaupn tewas di Stadium Keramat Indonesia,Stadium Gelora Bung Karno semangat juang pemain-pemain harus dipuji tidak lupa sokongan dan galakan seluruh penyokong Malaysia.. TAHNIAH dan SYABAS kepada Khairul Fahmi Che Mat,Asraruddin Putra Omar,Mohd Sabre Mat Abu,Muhammada Muslim Ahmad,Mohd Fadhli Mohd Shas,Safiq Rahim,Amar Rohidan,S.Kunalan,Mohd Ashari Samsudin,Safee Sali,Norshahrul Idlan Talaha serta jurulatih K.Rajagopal.

Tiada ulasan: